AZAM 2016


Assalamualaikum! Haih rasa kerap betul update entry hari ni, Dari pagi sampai sekarang duk melekat depan laptop tulis entry kat blog. Takpe aktif 2 hari je lagi. Pastu tutup laptop fokus study. HA HA

So, a few minutes to go nak masuk tahun 2016! Yeaahh!! tepuk tangan sikit :')
17 tahun. tngkatan 5. spm. study. graduate. HA HA HA lol. Azam 2015 dah habis laksanakan? ke tak terlaksana langsung. ke tak ada azam masa tahun 2015?

Jangan macam itu, kita hidup kena ada azam, kena ada matlamat. Baru namanya hidup. Macam tujuan kita hidup kat bumi, untuk menjadi khalifah di bumi, untuk menyembah Allah dan mencari keredhaan Allah. Kan.

Kalau kau kata 'aku tak ada apa-apa azam yang penting biarlah keluarga sentiasa di sisi'. Itupun sebenarnya adalah salah satu azam. Azam kau untuk kau membahagiakan dan berbakti kepada keluarga. Nampak kan :)

So, azam aku tahun 2016. Of course, the important part is S P M .

Solat 5 waktu
Dahulukan ibu bapa kemudian pelajaran
Fokus study betul-betul
Makan

Semoga akhir tahun 2016 boleh tick semua.

HAPPY NEW YEAR 2016!
May Allah bless us.

Cerpen: Istikharah tiada penghujung

  • hadiah tahun baru
  • tidak lengkap
  • bukan islamik
  • kurang menarik
  • sila KOMEN


"Tolong balaskan surat Hafiz. Jangan cakap dengan dia yang aku pergi" Athirah berbisik di telinga Humaira.

"Ya Athirah. Aku akan buat apa yang kau suruh. Dah, jangan banyak cakap. Mengucap Athirah" balas Humaira sambil menggenggam erat tangan Athirah. Air mata yang turun dari tadi dikesat segera.

Kemudian dia bangun dari kerusi memberi laluan untuk mak cik Aisyah duduk di sebelah anaknya pula, mengucap bersama-sama. Humaira melihat Athirah dengan hati yang remuk. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan sahabatnya, Athirah. Athirah mempunyai kanser hati dan doktor berkata masa Athirah sudah singkat.

"Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah" Athirah menghembuskan nafas buat kali terakhir. Suasana menjadi hening dengan tangisan-tangisan makhluk Allah, meratapi pemergian seorang insan yang dikasihi.

Air mata masih setia mengalir di pipi Humaira. Tanpa sedar, sudah seminggu berlalu arwah Athirah pergi. Surat-surat Athirah dan Hafiz ditatap sepi. Humaira tak bermaya hendak membacanya apatah lagi membalasnya. Tapi apabila terkenangkan itu amanah terakhir sahabatnya.

"Ahh aku perlu juga balas surat Hafiz ni. Tapi Athirah kata jangan bagitahu Hafiz yang Athirah meninggal dunia" Humaira mengeluh perlahan sambil mengelap sisa air matanya.

Humaira membaca surat-surat yang dikirim Hafiz kepada Athirah. "Athirah.. Athirah. Tak sangka kau pandai balas surat dengan lelaki ya." kata Humaira perlahan. Athirah ialah sahabat dan jirannya. Jadi mereka memang rapat dan Humaira mengetahui semua rahsia arwah Athirah, kecuali yang ini.

Dengan merasakan ini amanah terakhir arwah sahabatnya, Humaira menulis juga sepucuk surat kepada Hafiz. Tulisannya, gaya ayatnya. Sehabis baik dia meniru seperti arwah Athirah. Semoga Hafiz tidak dapat menghidu baur-baur penipuan siapa penulis yang sebenarnya.


"Hey kawan. Baca surat lagi? Aku tengok banyak kali kau baca surat itu kali ini. Tak silap aku dari awal kau buka surat tu sampai sekarang, kejap kau baca, kejap kau macam termenung. Sudah-sudahlah itu, juzuk 27 kau tak habis hafaz lagi kan. Pergi habiskan hafazan tu dulu" satu suara berceramah. Umar, sahabat Hafiz di Mesir. Hafiz menggeleng perlahan apabila mendengar Umar berkata-kata. Umar, kalau dah berceloteh memang tiada noktahnya.

Hafiz kembali menatap surat yang dipegangnya. Seperti ada kelainan bila membaca surat ini. Tapi entahlah, dia tidak tahu apa itu. "Athirah, semoga awak di bawah lindungan Allah selalu"


Setiap bulan Humaira sentiasa ternanti-nanti akan surat. Ya, surat kiriman Hafiz. Sudah angau mungkin dengan surat-suratnya. Namun, surat ini tidaklah berkisarkan cinta. Cuma kehidupan seharian dua insan di Malaysia dan di Mesir. Bagaimana zina hati? Kadang, Humaira dapat merasakan bibit cinta apabila membaca surat kiriman Hafiz. Humaira mengeluh.

Sudah setahun rupanya Humaira berbalas surat dengan Hafiz. Sudah setahun juga penipun Humaira sebagai Athirah. Kini, keluhan berat pula dilepaskan.

"Mak.. cinta tu macam mana?" tanya Humaira yang berbaring di atas paha puan Hasfah.

"Cinta itu macam mak dan ayah" jawab puan Hafsah. Macam mak dan ayah. Humaira lihat mak dan ayahnya saling mengasihi dan menyanyangi antara satu sama lain. Kadang, ada juga bergaduh.

"Mak.. cinta jarak jauh boleh ke?" Humaira segera menutup mulutnya apabila menyedari kesilapan pertanyaan dia tadi.

"Anak mak ni bercinta dengan siapa? Berapa umur dia? Tinggal kat mana?" bertubi-tubi soalan dikemukan puan Hafsah. Humaira cuma menunduk kepala, diam. Bahunya disentuh.

"Humaira. Mak tak izinkan kamu bercinta ketika ini. Kalau kamu contact dia, mak mohon daripada Humaira, hentikan." kata puan Hafsah lalu beredar.

Humaira diam terkaku. Menghadam kata-kata maknya. Betul, kata mak. Humaira masih belajar dan masih muda untuk memikirkan soal hati.


Dua tahun kemudian..

"Zulaikha, tolong tengok-tengokkan bilik aku ya. Aku kena balik JB 2 hari. Mak aku kata ada hal kecemasan" Humaira meninggalkan pesanan kepada rakan serumah sewa.

Entah kenapa sepanjang perjalanan ke JB ni, hati Humaira tak senang. Tapi entah, tak senang kerana apa. Kerana assignment yang berlambak atau ada sesuatu yang berlaku di rumah.

"Assalamualaikum. Mak, ayah. Humaira dah sampai" Humaira memberi salam lalu masuk ke rumah. Puan Hafsah yang memang berada di ruang tamu ceria menyambut anak kesayangannya. Segera dia menarik Humaira duduk di sebelahnya.

"Mak ada berita gembira" kata puan Hafsah tersenyum. "Anak mak dah besar panjang. Cantik, pandai masak, belajar pun tinggi. Jadi, dah sampai masanya untuk anak mak ini berkahwin"

Humaira terkejut. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. "Kahwin?" tanya Humaira sambil mengerut dahi. Tidak dapat menghadam apa itu kahwin, apabila terkejut.

"Ya, kahwin. Ada orang pinang kamu semalam. Tapi mak dan ayah tak bagi jawapan lagi. Kena tanya tuan punya badan dahululah. Kami nampak dia baik, sopan-santun, berbudi bahasa, dia lepasan pelajar Mesir. Mesti bagus agamanya. Namanya Hafiz" kata puan Hafsah lalu beredar, memberi peluang untuk Humaira berfikir.

Hafiz. 

Nama yang sudah 2 tahun Humaira tak baca. Nama yang sudah 2 tahun Humaira tak tulis. Nama yang sudah 2 tahun Humaira lupakan. 'Ya Allah, ujian apakah ini? Sudah 2 tahun aku lupakan dia. Kini kau datangkan dia kembali dengan cara sebegini.'


Yaasin selesai dibaca. Doa untuk diri sendiri, mak ayah, rakan-rakan, tidak ketinggalan juga doa untuk arwah Athirah diaminkan. 

"Athirah. Apa yang perlu Humaira lakukan? Perlu ke untuk Humaira terima pinangan Hafiz? Kalau Humaira terima pinangan Hafiz, Humaira rasa macam mengkhianati persahabatan kita Athirah" kata Humaira perlahan.

Sudah seminggu jawapan pinangan tergantung. Humaira solat istikharah, tetapi dia tidak menemui jawapan juga kesudahannya. Runsing! Tambahan pula, Humaira sudah tiada sekelumit perasaan lagi terhadap Hafiz.

Esok, dia perlu memberi keputusan.



Perjumpaan buat kali pertama antara Humaira dan Hafiz terasa amat kekok sekali. Masing-masing tidak pernah berjumpa.

"Maaf, saya tak boleh terima pinangan awak" kata Humaira tegas. 

"Humaira. Kenapa awak tipu saya selama ini? Kenapa awak kata awak Athirah padahal Athirah sudah lama meninggal dunia?!" tanya Hafiz. Pertanyaan-pertanyaan itu membuatkan Humaira terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Hafiz akan bertanyakan soalan ini. Kelihatan Hafiz seperti menahan kemarahan.

"Maaf, ini amanah terakhir beliau. Arwah yang suruh saya balas surat awak dan tidak bagitahu bahawa Athirah sudah meninggal. Saya minta diri dulu" Humaira cepat-cepat beredar tapi ditahan dengan suara Hafiz.

"Saya harap awak akan terima pinangan saya. Saya setia menanti" 


Cerita mengarut, sampai saya tak tahu nak buat ending macam mana. Sekian :')

'Bila Nak Tinggi?'


Assalamualaikum gaiss.

Bila nak tinggi? Nak tinggi boleh? Sampai bila nak pendek? Macam mana nak tinggi? Tinggi tu kan cantik.
Ya, ada orang kata pendek itu comel. Tapi tidak bagi aku. Tidak comel! Bayangkan.. seorang budak perempuan tingkatan 5 dengan kependekan 143 cm? It looks so weird! Pelikkan. Macam kerdil pun ada. Kalau betul-betul comel takpe juga.

Gelap, hidung tak mancung, mata tak memukau, bibir tak menawan. Cis, Sejenis manusia yang tidak tahu menghargai dan bersyukur. -Allah dah ciptakan yang terbaik untuk kau, bersyukurlah.

Berbalik kepada topik hari ini. Bila nak tinggi? Tahun depan tingkatan 5 dah. Aku tak selesa langsung dengan 'ketinggian' ini. Ada orang cakap aku tingkatan 3 lah, tingkatan 1 lah. Itu okay lagi sebab masih di peringkat menengah. Tapi ada satu cerita ni, haa hop ni memang dok boleh blah langsung.

Hari tu pergi kedai kain, nak beli kain yang belum siap jahit. Nak beli kain untuk sepupu tapi sepupu tak ikut. Sepupu aku darjah 5. Nak dijadikan cerita, tukang potong kain tu tanya ketinggian budak darjah 5 tu macam mana? dia tanya aku ke yang darjah 5 tu. and then, makcik aku pun cakap, ya ketinggian budak tu macam ni (aku). Aku? Aku disamakan dengan budak darjah 5. Bayangkan. Darjah 5 dan tingkatan 5. Kan jauh tuuuu.. remuk hati gua aduh duh T.T

Ye lah.. sepupu-sepupu, kawan-kawan, budak-budak famous ig kan ramai yang tinggi. Sepupu aku darjah 6 pun lagi tinggi setingginya dari aku. Jadi, KA SI HA NI LAH A KU :')

Jadi, bila nak tinggi dan macam mana nak tinggi? Aku hari-hari buat senaman untuk tinggi (regangkan kaki) tapi tak tinggi tinggi pun. Ada tips?

**note: jangan bagi tips makan sayur, aku tak makan. kbye.
kadang rasa tak percaya dilahirkan pada tahun 1999 dan akan menduduki spm 2016,
sebab pendekhahah.

"Kata Nak Berubah"


Kau kata nak berubah
Tapi mana perubahannya?
Aku masih nampak kau tak berubah
Tak berubah langsung
Seperti dahulu
Seperti sediakala

Masih tak solat
Masih tak membaca al-Quran
Masih tak menutup aurat
Dan paling perit;
Kau masih menipu diri sendiri

Dalam hati, kau kata nak berubah
Tapi dari segi pergerakan, tiada yang berubah langsung

Kau kata nak berubah
Tapi tiba-tiba kau kata kejap lagi, relax dulu
Kau fikir,
Ajal kau lepas kau bertaubat?

Mungkin ajal kau
Sebelum kau bertaubat;
Tak sempat kau bertaubat
Tak sempat kau nak laksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Kau dah tiada;
di dunia.

Nak aktif blog atau tak?


Assalamualaikum semua. Haih.. betullah kata orang, makin besar, makin banyak masalah. Makin banyak keputusan yang perlu diambil kira. Kena fikir masak-masak sampai hangus bila buat keputusan. Hm. Ceh, macam besar sahaja masalah aku ni *senyum sinis* 

Tak.. sebenarnya masalah dia cenggini. ehem ehem. tahun 2016 iaitu tahun hadapan, aku SPM!! Yeahh SPM :') bestnya SPM :"))) tak percaya rasa aku ambil spm dengan kependekan, ketidak-kematangan wani. ha ha. 

Jadi berbalik kepada tajuk kita pada hari ini, patut ke wani aktif blog? seminggu satu post pun jadilah. Bukan apa, cuma nak melepaskan gian hidup masa tingkatan 5 je. Cis hahah. 

Sebenarnya wani dah berazam tak nak buka laman sosial langsung masa tahun 2016. sebab wani ni jenis lalai banyak bila dah main phone. Bila dah main handphone, kerja satu apa pun tak siap. kerja sekolah tak siap, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur.. tidur lena lah xp 

Wani... haih. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA okay bye

Tips Bangun Subuh Awal

1) Setkan di minda, hati dan jiwa bahawa kita bangun awal ikhlas kerana Allah s.w.t. Inilah asas kekuatan yang menggerakkan kita daripada tidur yang nyenyak.

2) Mohon doa, kekuatan dan bantuan daripada Allah s.w.t. agar kita mampu mentaati-Nya sepenuh jiwa dan hati.

3) Mohon bantuan ibu bapa, kawan-kawan dan alat penggera untuk mengejutkan kita bangun awal. Jika boleh, setkan alat tersebut lebih awal daripada waktu azan subuh.

4) Sebelum tidur, latihlah dengan mengikuti sunnah seperti berwuduk. Lebih baik lagi, jika kita dapat mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Semasa di tempat tidur, baca doa sebelum tdur dan ulanglah beberapa zikir seperti Subhanallah, Allahuakbar dan sebagainya sehingga terlelap.

5) Jika gagal bangun awal, kita cuba lagi. Jika masih gagal, kita cuba dan terus cuba. Tanpa jemu dan bosan. Insya-Allah, lama-kelamaan kita akan mampu melakukannya.

Rindu


Assalamualaikum. Hm malam ini aku nak kongsi lagi kisah hati aku. Iaitu rindu. aku rindu dengan kenangan. aku rindu dengan memori. dan aku rindu dengan masa lalu. 

kalaulah masa boleh diputarkan kembali, pasti aku akan hargai setiap detik itu. tapi semuanya dah terlambat. 

ceh bermadah pulak dahhh. Hm..

Seperti yang aku katakan tadi. aku rindu masa lalu. rindu serindunya. kini barulah aku mengerti bila usia yang semakin meningkat. kalau boleh aku tak nak masa tu bergerak. biarlah berhenti supaya memori bahagia tu tak kan berganjak ke tragedi. k merepek dah.

Aku sebenarnya rinduuuuu. rindu dengan kawan-kawan lama aku. rindu dengan sekolah lama. rindu dengan padang, kantin, library, kelas etc. aku rindu dengan cikgu-cikgu lama lagi-lagi ustazah Maslizawati. aku rindu dengan pusat bandar atau diorang panggil pblion menggantikan pavilion. hahahahahaha. aku rindu dengan bukit layang-layang. tanah tumpahnya darahhkuuu. ecewah tak tak tapi sebenarnya ya pun. selalu jatuh bila main kat bukit tu. rindu nak main layang-layang kat bukit tu. rindu nak main gym kat bukit tu. gym lah sangat. ahaks.lagi rindu apa? mestilah rindu rumah. rindu dengan jiran-jiran. Aigooooo --'

Dah lama aku tak balik johor. entah dapat balik ke tak cuti hujung tahun ni. nak reunion dengan budak-budak kaa. rinduu beb. setahun tak jumpa. huhuhuhuhuhuhu hahah.

Wassalam♥

'Tujuan kau memang betul'


Assalamualaikum and hai. Salah ke kalau kita membenci seseorang yang bukan mahram untuk elak daripada zina? I mean zina hati zina mata dan sebagainya. Sebab kita nak elakkan dari hati lebih menyukai dia. Salah ke? tak salahkan.. tapi kadang-kadang tu, rasa ada juga salahnya sikit.

Islam tak mengajar pun kita untuk membenci siapa-siapa kecuali musuh Islam. Hmm.. so how? what should i do? 

Berbalik kepada tajuk hati hari ini. 'Tujuan kau memang betul' Ya. aku rasa tujuan aku memang betul. nak perbetulkan apa yang salah. apa yang haram memang tak boleh dihalalkan. macam cinta.couple.bergirlfriend.berboyfriend. benda tu haram untuk lakukan. sebab dalam Islam ada penegasannya dalam pergaulan. tak boleh pergaulan bebas. nak bercinta, HARAM sebab perkara ini boleh membawa kepada kemaksiatan.

Tak kisah lah kalau kau jaga adab pergaulan sekalipun. kau pakai tudung labuh. dia pakai kopiah. tak bersentuhan. jaga pandangan (alahai kononnya) tapi perasaan cinta tu ada. itu boleh dikategorikan sebagai zina hati. syaitan suka perkara ni. sebab senang untuk lalaikan manusia melakukan kemaksiatan bila dah terlalai dengan cinta dunia cinta yang ditegah oleh Allah.

Jadi, setelah 500++ hari bercinta atau suka yang bukan mahram tu.. aku rasa lebih baik aku lupakan semuanya ni. aku taubat weiii.. taubat sangat-sangat. aku nak lupakan dia. sebab dosa aku dah banyak. tak nak tambahkan lagi dengan dosa maksiat ni. jadi aku putuskan untuk tutup semua account, kecuali blog ni. hahahaaaa. sebab dia tak tahu aku ada blog? maybe hiks hahah. 

Aku putus tanpa say 'goodbye' atau tinggalkan sebabnya. Aku padam semua account supaya susah untuk dijejaki. Aku tak nak binasakan pahala dia. sebab dia soleh bagi aku. Hm. Lagipun memang tujuan ini betul. Elakkan dari zina hati juga. Allah kan suka manusia yang bertaubat. Lagipun dunia dah nak akhir zaman. Bila-bila masa sahaja kiamat nak berlaku. Taubat lah wei.

Allah tahu tujuan kau betul. Mungkin Allah akan gantikan dia dengan yang lebih baik atau perjalanan cinta antara kau dengan dia akan lebih indah selepas ini. Kahwin... dengan cara yang sah. Bercinta... dengan cara yang halal.

Syurga. Tempat orang yang melakukan suruhan-Nya.

Wassalam♥

I"m back


Assalamualaikum hai hai. I'm back. Didn't die yet. Hiks. Baiklah, kita berkenalan semula ya memandangkan wani buat blog ini berwajah baru dan tambahan pula postpost sebelum ini wani dah padam. 
bagi nafas baru lah katakan. 
haha. tak tak. saja jaaa..

Okay hai. nama saya wan rus syazwani. panggil saya wanilahhh *flip scarf for awhile*. dah berblog lama sebenarnya cuma tak famous sebab tak berapa aktif. i'm pasif. jadi, wani ingatkan dengan buat blog 'berwajah baru' mungkin wani akan aktif lah sikit kot. wani akan lebih banyak cerita tentang catatan peribadi wani kat sini. rasanya ada baiknya juga kalau tak ramai yang follow wani sebab takkan ramai yang baca tentang kisah-kisah kehidupan wani. Ahaks. wani juga akan post tentang info. lebih-lebih lagi tentang Islam. InshaaALLAH. wani juga akan banyak post cerpen, puisi dan mungkin novel? yang wani karyakan sendiri di blog ini. jadi kalau nak baca silakan. dan harap terhibur. Aamiin.

Jadi sekian. Harap dapat terima semula wani sebagai rakan blogger anda. InshaaAllah.

Wassalam♥