OTAK BEKU!!


Hai guys. Cuti 3 hari ni buat apa? Smp candidate, study tak? HAHAHA. Okay, otak beku tajuk aku malam ni. aku frust jap sebab tak ada idea nak menulis. nak menulis entry ni pun sebenarnya aku tak ada idea. ha ha ha.

Aku cuti ni bukan kemain semangat sebenarnya. Hampir seminggu yang lalu aku menunggu hari-hari cuti 3 hari ini. Sebab aku ada misi. Misi aku adalah buat nopen! Nopen tu apa? Nopen itu ialah singkatan kata bagi Novel Pendek. hehee.

Sebenarnya idea aku banyak je. Antara nopen yang aku 'bercita-cita' nak buat 3 hari 3 malam ini ialah:
(a) Istikharah Cinta dari Mesir
(b) Permata yang Dicari
(c) (Tak ada tajuk lagi) - kisah cinta antara mentor dan protege
(d) (Tak ada tajuk lagi) - kisah cinta antara anak sultan dan anak tukang masak dapur diraja
(e) Cinta Mungkin tak Berputik
(f) Cinta tanpa Noktah

Okay e dan f tipu. Tiba-tiba je tajuk tu hahahahaa. Banyak je isi tersurat dan tersirat yang aku ada untuk masukkan dalam cerita-cerita ni. Cuma masalahnya, otak aku beku bila nak buat ayat. Mybe sebab dah lama tak baca novel? Okay bye.

Aku tulis kat wattpad nanti.

DILEMA ISTERI TINGKATAN 5


Hai guys. Honestly, aku dalam dilema HAHAHAHAHA T__T cita-cita aku dari dulu memang aku nak jadi penulis pun. Penulis separuh masa lah kan. Sepenuh masa memang tak lah. Tepu otak nak cari idea banyak-banyak. Aku at least, dapat terbitkan satu buku pun jadilah. Tak nak berangan je kan. pssst nak bisik ni. Masa aku kecik-kecik dulu aku selalu berangan di'interview' oleh wartawan-wartawan sebab jadi penulis novel termuda. Cis. Berangan je lebih masa dulu. Sekarang dah tingkatan 5 tak ada nya harapan nak kena interview HAHAHAHAHA :')

Back to topic. 'DILEMA ISTERI TINGKATAN 5' . Isteri tingkatan 5? Wow. Okay, ini adalah tajuk novel yang aku buat sekerat jalan dan post ke wattpad. Tahu wattpad? Wattpad tu adalah satu application yang korang boleh tulis cerita sendiri (novel, poem, short story, etc) ataupun boleh baca cerita orang secara FREE!! 

Ni novel aku 'ISTERI TINGKATAN 5'  

Tengok readers dia. WOW! Ha ha x'D cerita aku ni aku delete sebab aku nak sambung lepas SPM. Jadi aku rasa better aku delete daripada dibiarkan dalam wattpad dan orang akan comment 'Bila nak update bila nak update' dan aku akan rasa serba salah.

So, nak dijadikan cerita. Semalam aku pergi gatal nak buka app wattpad ni. Jadi aku dalam dilemma nak sambung ke tak tulis novel ini aduh T_T aku kalau boleh nak buat yang terbaik untuk novel ini. Aku nak tulis novel ni sungguh-sungguh sebab cerita ini aku bayangkan. Betapa bestnya kalau betul-betul aku watak dalam cerita ni. Isteri tingkatan 5. Suami handsome, terkenal. Perkahwinan dirahsiakan. Sweet and sad moment. Hish best best hahahahaha xD

Sebenarnya pun cerita ni, ada 10-15% realiti. Watak dia betul. Areef, Imran, Liyana(nama ditukar). Watak dia betul-betul wujud kat sekolah aku hehehehe *senyum sinis sikit* Cuma Syaurah je lah tak wujud, tu aku reka sendiri. Aku bayangkan aku ni Syaurah dan kahwin dengan Areef pastu Imran suka aku pastu Liyana kekasih Areef dapat tahu aku dan Areef kahwin pastu taburkan fitnah pastu bla bla bla bla bla HA HA HA HA HA.

Kbye, memang lepas SPM aku akan sambung cerita ni, atau lebih tepat aku akan buat semula cerita ni. Ya lah, nak kan yang terbaik kan untuk first novel aku heheheh ^_^ harap jugalah cerita ini akan dibukukan. Amin amin amin. Amin diseru hahah. 

Semoga Wan Rus Syazwani mendapat 11A+ dalam SPM

Semoga novel Isteri Tingkatan 5 dapat dibukukan satu hari nanti

p/s: novel ini sedikit keanak-anakan sebab cerita ni masa tingkatan 5 hahahahahahahahahahahakbye.


Stress jap


Assalamualaikum guys. Sorry kalau selalu nampak aku update hal peribadi aku, specifically like diary. Sebab aku belum beli buku lagi untuk tulis diari, tu yang aku tulis luahan hati kat blog hahahahaha.

Okay, hari ni hari kedua aku tingkatan 5 tapi macam-macam hal dah berlaku. 

First, addmaths. Tak tahu nak drop ke tak. Sebab aku seorang je dalam kelas tu yang ambil bahasa Arab. Kawan-kawan bahasa Arab yang lain kelas lain. Jadi aku ni macam tersesat seorang and cikgu pening nak aturkan jadual waktu. Tambahan, cikgu agama/bahasa arab kurang. Cuma ada dua je. Jadi macam kalut sikitlah kalau nak buat jadual waktu semula. Second, pengetua baru tahu hal ini. Sebenarnya aku tak dibenarkan pun ambil bahasa Arab masa tingkatan 4 sebab aku cuma sastera ikhtisas, yang boleh ambil bahasa Arab aliran sains je. Jadi macam hm -_- kadang, kesian kat cikgu dan pengetua pun ada sebab pening nak menguruskan benda ni.

Third, pasal tuisyen. Ahhh rasa menyesal pulak bila daftar tuisyen dengan jadual sekolah yang tak menentu lagi. Baru perasan hari Khamis adalah hari yang paling sibuk. Dari pagi sampai petang kat sekolah. Bayangkan, dari pagi sampai pukul 1.40 kelas. Pastu cikgu kata ada kelas tambahan (not confirm yet). Pastu 2.30 - 4.00 petang kelab dan persatuan. Pastu 4.00 - 5.30 petang ada sukan dan permainan. Pastu tuisyen. Kes tuisyen ni lah yang kalut sikit. 5.30 - 6.45 petang tuisyen akaun. Bayangkan dan bayangkan. Macam mana tu. 5.30 balik sekolah terus pergi tempat tuisyen pulak. Nasib baik sukan dan permainan tak ambil yang extreme sangat, just ambil ping pong. Huhuuu. Pastu sampai 10.00 malam tuisyen Science. Nampak tak jadual yang sungguh padat tu?

Hayyoyooooo T_T kbye. 

**note: belikan aku buku such as diary book supaya aku tak luahkan kat blog HAHAHAHAHAHAHAA.

First day Tingkatan 5


Assalamualaikum guys. Uishh gif atas ni, melampau. Haha. Tu bukan cara wani masa first day sekolah okay. Okay, as you all know today is 4/1/2016 bersamaan dengan pelajar-pelajar sekolah (except Johor, Terengganu, Kelantan) bermula sekolah. Same goes to me. Aku pun sekolah hari ini. Tapi yang specialnya aku tingkatan 5 dah.

Pejam celik pejam celik je dah tingkatan 5, dah nak SPM, dah nak blah dari sekolah. Cepat kan masa berlalu. Tak percaya rasa jadi senior tahun ni huhuuu..pendek. Hm, budak form 1 ramai yang tnggi tahun ni. Apalah nasib si pendek tingkatan 5 *muka tabah* 

Nak cerita, hari ni tak rasa first day school, sebab ada homework. Okay i think ini perkara biasa kot. Cuma entah, aku tak rasa macam first day sekolah hari ni. Tak tahu kenapa HAHAHAHAHA. Cikgu pun dapat yang garang, tapi aku suka 'beliau' sebab cikgu tu komited sangat sangat.

Okay bye, nak pergi tuisyen pulak. Padat dah jadual bila tingkatan 5 ni. Harap tabah kepada batch99 dan selamat menuntut ilmu.