Stress jap


Assalamualaikum guys. Sorry kalau selalu nampak aku update hal peribadi aku, specifically like diary. Sebab aku belum beli buku lagi untuk tulis diari, tu yang aku tulis luahan hati kat blog hahahahaha.

Okay, hari ni hari kedua aku tingkatan 5 tapi macam-macam hal dah berlaku. 

First, addmaths. Tak tahu nak drop ke tak. Sebab aku seorang je dalam kelas tu yang ambil bahasa Arab. Kawan-kawan bahasa Arab yang lain kelas lain. Jadi aku ni macam tersesat seorang and cikgu pening nak aturkan jadual waktu. Tambahan, cikgu agama/bahasa arab kurang. Cuma ada dua je. Jadi macam kalut sikitlah kalau nak buat jadual waktu semula. Second, pengetua baru tahu hal ini. Sebenarnya aku tak dibenarkan pun ambil bahasa Arab masa tingkatan 4 sebab aku cuma sastera ikhtisas, yang boleh ambil bahasa Arab aliran sains je. Jadi macam hm -_- kadang, kesian kat cikgu dan pengetua pun ada sebab pening nak menguruskan benda ni.

Third, pasal tuisyen. Ahhh rasa menyesal pulak bila daftar tuisyen dengan jadual sekolah yang tak menentu lagi. Baru perasan hari Khamis adalah hari yang paling sibuk. Dari pagi sampai petang kat sekolah. Bayangkan, dari pagi sampai pukul 1.40 kelas. Pastu cikgu kata ada kelas tambahan (not confirm yet). Pastu 2.30 - 4.00 petang kelab dan persatuan. Pastu 4.00 - 5.30 petang ada sukan dan permainan. Pastu tuisyen. Kes tuisyen ni lah yang kalut sikit. 5.30 - 6.45 petang tuisyen akaun. Bayangkan dan bayangkan. Macam mana tu. 5.30 balik sekolah terus pergi tempat tuisyen pulak. Nasib baik sukan dan permainan tak ambil yang extreme sangat, just ambil ping pong. Huhuuu. Pastu sampai 10.00 malam tuisyen Science. Nampak tak jadual yang sungguh padat tu?

Hayyoyooooo T_T kbye. 

**note: belikan aku buku such as diary book supaya aku tak luahkan kat blog HAHAHAHAHAHAHAA.

2 comments:

  1. Aina pun pernah nak drop +Math sebab pernah sampai dpt G, pastu time f.5 ada cikgu ni ajar dia kata "Beranilaaa drop +math!" so memang xde sape nak drop and berdasarkan majoriti cikgu ckp bila nk msuk U utk courses perakaunan kena ada +math. Bahasa arab tu tk tahula plk sbb bath 98 kt skolah aina x start bahasa arab lg :)))

    ReplyDelete