Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

*klik banner untuk join*
JOM JOIN ;)

FINALLY! I'VE GOT MY BLOG BACK!

*sumber GIF dari google*

I'M HAPPY! I'M HAPPY! OH YEAH! Alhamdulillah wani dapat blog wani balik. Gila seronok sekarang ini sebab akhirnya wani boleh active semula dalam dunia blogging ini, dan penting sekali boleh join giveaway giveaway blogger sekalian.

Nak tahu tak kenapa wani tak boleh log in blog wani? Sebab wani padam account google! Hohohoh hah tu lah gatal lagi memandai padam account google kan susah nak log in blog :'( nasib baik juga ada backup email. Tu pun jenuh juga nak mencari email yang mana satu. Al-maklumlah banyak sangat email :'( mahu pecah kepala mencarinya. Mahu pecah kepala juga bila baca blogger help forum. Nasib i faham english. Kalau tak mahunya kena translate satu per satu haha!

Just wanna to say, WELCOME BACK WANI TO BLOGGING WORLD! Yeah, secara rasminya wani akan active blog semula dari sekarang. Hehe.

Haku rasa dah banyak kali entry aku yang berbaur welcome back ini. Bila nak active tahu. Kali ini pun entah betul atau tidak nak activenya haha!

Haku struggle nak log in blog ini pun sebab nak active lah. Kan tak lama lagi aku nak masuk IPT. So, aku rasa macam nak berceritalah kehidupan aku masa belajar nanti. Aci dok? Kalau tak ada pembaca pun, aku nak post gak! ;p

Wassalam <3

OTAK BEKU!!


Hai guys. Cuti 3 hari ni buat apa? Smp candidate, study tak? HAHAHA. Okay, otak beku tajuk aku malam ni. aku frust jap sebab tak ada idea nak menulis. nak menulis entry ni pun sebenarnya aku tak ada idea. ha ha ha.

Aku cuti ni bukan kemain semangat sebenarnya. Hampir seminggu yang lalu aku menunggu hari-hari cuti 3 hari ini. Sebab aku ada misi. Misi aku adalah buat nopen! Nopen tu apa? Nopen itu ialah singkatan kata bagi Novel Pendek. hehee.

Sebenarnya idea aku banyak je. Antara nopen yang aku 'bercita-cita' nak buat 3 hari 3 malam ini ialah:
(a) Istikharah Cinta dari Mesir
(b) Permata yang Dicari
(c) (Tak ada tajuk lagi) - kisah cinta antara mentor dan protege
(d) (Tak ada tajuk lagi) - kisah cinta antara anak sultan dan anak tukang masak dapur diraja
(e) Cinta Mungkin tak Berputik
(f) Cinta tanpa Noktah

Okay e dan f tipu. Tiba-tiba je tajuk tu hahahahaa. Banyak je isi tersurat dan tersirat yang aku ada untuk masukkan dalam cerita-cerita ni. Cuma masalahnya, otak aku beku bila nak buat ayat. Mybe sebab dah lama tak baca novel? Okay bye.

Aku tulis kat wattpad nanti.

DILEMA ISTERI TINGKATAN 5


Hai guys. Honestly, aku dalam dilema HAHAHAHAHA T__T cita-cita aku dari dulu memang aku nak jadi penulis pun. Penulis separuh masa lah kan. Sepenuh masa memang tak lah. Tepu otak nak cari idea banyak-banyak. Aku at least, dapat terbitkan satu buku pun jadilah. Tak nak berangan je kan. pssst nak bisik ni. Masa aku kecik-kecik dulu aku selalu berangan di'interview' oleh wartawan-wartawan sebab jadi penulis novel termuda. Cis. Berangan je lebih masa dulu. Sekarang dah tingkatan 5 tak ada nya harapan nak kena interview HAHAHAHAHA :')

Back to topic. 'DILEMA ISTERI TINGKATAN 5' . Isteri tingkatan 5? Wow. Okay, ini adalah tajuk novel yang aku buat sekerat jalan dan post ke wattpad. Tahu wattpad? Wattpad tu adalah satu application yang korang boleh tulis cerita sendiri (novel, poem, short story, etc) ataupun boleh baca cerita orang secara FREE!! 

Ni novel aku 'ISTERI TINGKATAN 5'  

Tengok readers dia. WOW! Ha ha x'D cerita aku ni aku delete sebab aku nak sambung lepas SPM. Jadi aku rasa better aku delete daripada dibiarkan dalam wattpad dan orang akan comment 'Bila nak update bila nak update' dan aku akan rasa serba salah.

So, nak dijadikan cerita. Semalam aku pergi gatal nak buka app wattpad ni. Jadi aku dalam dilemma nak sambung ke tak tulis novel ini aduh T_T aku kalau boleh nak buat yang terbaik untuk novel ini. Aku nak tulis novel ni sungguh-sungguh sebab cerita ini aku bayangkan. Betapa bestnya kalau betul-betul aku watak dalam cerita ni. Isteri tingkatan 5. Suami handsome, terkenal. Perkahwinan dirahsiakan. Sweet and sad moment. Hish best best hahahahaha xD

Sebenarnya pun cerita ni, ada 10-15% realiti. Watak dia betul. Areef, Imran, Liyana(nama ditukar). Watak dia betul-betul wujud kat sekolah aku hehehehe *senyum sinis sikit* Cuma Syaurah je lah tak wujud, tu aku reka sendiri. Aku bayangkan aku ni Syaurah dan kahwin dengan Areef pastu Imran suka aku pastu Liyana kekasih Areef dapat tahu aku dan Areef kahwin pastu taburkan fitnah pastu bla bla bla bla bla HA HA HA HA HA.

Kbye, memang lepas SPM aku akan sambung cerita ni, atau lebih tepat aku akan buat semula cerita ni. Ya lah, nak kan yang terbaik kan untuk first novel aku heheheh ^_^ harap jugalah cerita ini akan dibukukan. Amin amin amin. Amin diseru hahah. 

Semoga Wan Rus Syazwani mendapat 11A+ dalam SPM

Semoga novel Isteri Tingkatan 5 dapat dibukukan satu hari nanti

p/s: novel ini sedikit keanak-anakan sebab cerita ni masa tingkatan 5 hahahahahahahahahahahakbye.