Cerpen: Istikharah tiada penghujung

  • hadiah tahun baru
  • tidak lengkap
  • bukan islamik
  • kurang menarik
  • sila KOMEN


"Tolong balaskan surat Hafiz. Jangan cakap dengan dia yang aku pergi" Athirah berbisik di telinga Humaira.

"Ya Athirah. Aku akan buat apa yang kau suruh. Dah, jangan banyak cakap. Mengucap Athirah" balas Humaira sambil menggenggam erat tangan Athirah. Air mata yang turun dari tadi dikesat segera.

Kemudian dia bangun dari kerusi memberi laluan untuk mak cik Aisyah duduk di sebelah anaknya pula, mengucap bersama-sama. Humaira melihat Athirah dengan hati yang remuk. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan sahabatnya, Athirah. Athirah mempunyai kanser hati dan doktor berkata masa Athirah sudah singkat.

"Asyhadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah" Athirah menghembuskan nafas buat kali terakhir. Suasana menjadi hening dengan tangisan-tangisan makhluk Allah, meratapi pemergian seorang insan yang dikasihi.

Air mata masih setia mengalir di pipi Humaira. Tanpa sedar, sudah seminggu berlalu arwah Athirah pergi. Surat-surat Athirah dan Hafiz ditatap sepi. Humaira tak bermaya hendak membacanya apatah lagi membalasnya. Tapi apabila terkenangkan itu amanah terakhir sahabatnya.

"Ahh aku perlu juga balas surat Hafiz ni. Tapi Athirah kata jangan bagitahu Hafiz yang Athirah meninggal dunia" Humaira mengeluh perlahan sambil mengelap sisa air matanya.

Humaira membaca surat-surat yang dikirim Hafiz kepada Athirah. "Athirah.. Athirah. Tak sangka kau pandai balas surat dengan lelaki ya." kata Humaira perlahan. Athirah ialah sahabat dan jirannya. Jadi mereka memang rapat dan Humaira mengetahui semua rahsia arwah Athirah, kecuali yang ini.

Dengan merasakan ini amanah terakhir arwah sahabatnya, Humaira menulis juga sepucuk surat kepada Hafiz. Tulisannya, gaya ayatnya. Sehabis baik dia meniru seperti arwah Athirah. Semoga Hafiz tidak dapat menghidu baur-baur penipuan siapa penulis yang sebenarnya.


"Hey kawan. Baca surat lagi? Aku tengok banyak kali kau baca surat itu kali ini. Tak silap aku dari awal kau buka surat tu sampai sekarang, kejap kau baca, kejap kau macam termenung. Sudah-sudahlah itu, juzuk 27 kau tak habis hafaz lagi kan. Pergi habiskan hafazan tu dulu" satu suara berceramah. Umar, sahabat Hafiz di Mesir. Hafiz menggeleng perlahan apabila mendengar Umar berkata-kata. Umar, kalau dah berceloteh memang tiada noktahnya.

Hafiz kembali menatap surat yang dipegangnya. Seperti ada kelainan bila membaca surat ini. Tapi entahlah, dia tidak tahu apa itu. "Athirah, semoga awak di bawah lindungan Allah selalu"


Setiap bulan Humaira sentiasa ternanti-nanti akan surat. Ya, surat kiriman Hafiz. Sudah angau mungkin dengan surat-suratnya. Namun, surat ini tidaklah berkisarkan cinta. Cuma kehidupan seharian dua insan di Malaysia dan di Mesir. Bagaimana zina hati? Kadang, Humaira dapat merasakan bibit cinta apabila membaca surat kiriman Hafiz. Humaira mengeluh.

Sudah setahun rupanya Humaira berbalas surat dengan Hafiz. Sudah setahun juga penipun Humaira sebagai Athirah. Kini, keluhan berat pula dilepaskan.

"Mak.. cinta tu macam mana?" tanya Humaira yang berbaring di atas paha puan Hasfah.

"Cinta itu macam mak dan ayah" jawab puan Hafsah. Macam mak dan ayah. Humaira lihat mak dan ayahnya saling mengasihi dan menyanyangi antara satu sama lain. Kadang, ada juga bergaduh.

"Mak.. cinta jarak jauh boleh ke?" Humaira segera menutup mulutnya apabila menyedari kesilapan pertanyaan dia tadi.

"Anak mak ni bercinta dengan siapa? Berapa umur dia? Tinggal kat mana?" bertubi-tubi soalan dikemukan puan Hafsah. Humaira cuma menunduk kepala, diam. Bahunya disentuh.

"Humaira. Mak tak izinkan kamu bercinta ketika ini. Kalau kamu contact dia, mak mohon daripada Humaira, hentikan." kata puan Hafsah lalu beredar.

Humaira diam terkaku. Menghadam kata-kata maknya. Betul, kata mak. Humaira masih belajar dan masih muda untuk memikirkan soal hati.


Dua tahun kemudian..

"Zulaikha, tolong tengok-tengokkan bilik aku ya. Aku kena balik JB 2 hari. Mak aku kata ada hal kecemasan" Humaira meninggalkan pesanan kepada rakan serumah sewa.

Entah kenapa sepanjang perjalanan ke JB ni, hati Humaira tak senang. Tapi entah, tak senang kerana apa. Kerana assignment yang berlambak atau ada sesuatu yang berlaku di rumah.

"Assalamualaikum. Mak, ayah. Humaira dah sampai" Humaira memberi salam lalu masuk ke rumah. Puan Hafsah yang memang berada di ruang tamu ceria menyambut anak kesayangannya. Segera dia menarik Humaira duduk di sebelahnya.

"Mak ada berita gembira" kata puan Hafsah tersenyum. "Anak mak dah besar panjang. Cantik, pandai masak, belajar pun tinggi. Jadi, dah sampai masanya untuk anak mak ini berkahwin"

Humaira terkejut. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. "Kahwin?" tanya Humaira sambil mengerut dahi. Tidak dapat menghadam apa itu kahwin, apabila terkejut.

"Ya, kahwin. Ada orang pinang kamu semalam. Tapi mak dan ayah tak bagi jawapan lagi. Kena tanya tuan punya badan dahululah. Kami nampak dia baik, sopan-santun, berbudi bahasa, dia lepasan pelajar Mesir. Mesti bagus agamanya. Namanya Hafiz" kata puan Hafsah lalu beredar, memberi peluang untuk Humaira berfikir.

Hafiz. 

Nama yang sudah 2 tahun Humaira tak baca. Nama yang sudah 2 tahun Humaira tak tulis. Nama yang sudah 2 tahun Humaira lupakan. 'Ya Allah, ujian apakah ini? Sudah 2 tahun aku lupakan dia. Kini kau datangkan dia kembali dengan cara sebegini.'


Yaasin selesai dibaca. Doa untuk diri sendiri, mak ayah, rakan-rakan, tidak ketinggalan juga doa untuk arwah Athirah diaminkan. 

"Athirah. Apa yang perlu Humaira lakukan? Perlu ke untuk Humaira terima pinangan Hafiz? Kalau Humaira terima pinangan Hafiz, Humaira rasa macam mengkhianati persahabatan kita Athirah" kata Humaira perlahan.

Sudah seminggu jawapan pinangan tergantung. Humaira solat istikharah, tetapi dia tidak menemui jawapan juga kesudahannya. Runsing! Tambahan pula, Humaira sudah tiada sekelumit perasaan lagi terhadap Hafiz.

Esok, dia perlu memberi keputusan.



Perjumpaan buat kali pertama antara Humaira dan Hafiz terasa amat kekok sekali. Masing-masing tidak pernah berjumpa.

"Maaf, saya tak boleh terima pinangan awak" kata Humaira tegas. 

"Humaira. Kenapa awak tipu saya selama ini? Kenapa awak kata awak Athirah padahal Athirah sudah lama meninggal dunia?!" tanya Hafiz. Pertanyaan-pertanyaan itu membuatkan Humaira terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Hafiz akan bertanyakan soalan ini. Kelihatan Hafiz seperti menahan kemarahan.

"Maaf, ini amanah terakhir beliau. Arwah yang suruh saya balas surat awak dan tidak bagitahu bahawa Athirah sudah meninggal. Saya minta diri dulu" Humaira cepat-cepat beredar tapi ditahan dengan suara Hafiz.

"Saya harap awak akan terima pinangan saya. Saya setia menanti" 


Cerita mengarut, sampai saya tak tahu nak buat ending macam mana. Sekian :')

Post a Comment